Definisi
Firah = Sifat semula jadi yang ada pada setiap kejadian Allah S.W.T
Fitrah Beragama:
Naluri semula jadi manusia yang mengakui adanya Tuhan Yang Maha Berkuasa iaitu Allah S.W.T
Mengandungi 2 unsur:
i) Keperluan Jasmani:
spt keperluan minum, makan, pakaian, tempat tinggal, hiburan dan sebagainya.
ii) Keperluan Rohani:
Fitrah manusia yang inginkan kebenaran dan memerlukan pengabdian kepada suatu kuasa besar iaitu Allah S.W.T Ynag Maha Pencipta.
> Manusia merupakan makhluk yang dicptakan Allah dan dianugerahkan akal atau naluri untuk berfikir, merasai, serta menganut sesuatu kepercayaan.
> Manusia secara fitrahnya memerlukan tuhan disebabkan:
a) Kehidupan manusia akan lebih baik dan terurus jika mereka percaya kepada Allah
b) Sebagai tempat memohon dan minta pertolongan apabila ditimpa musibah.
Konsep
a) Agama Islam sebagai agama semula jadi yang sangat secocok dengan kehidupan seharian manusia dan kejadiannya.
b) Ajaran Islam adalah sesuai dan mudah diterima oleh fitrah manusia sehingga berlaku hari kiamat.
Perbezaan antara Orang Beragama dan Orang yang Tidak Beragama.
Beragama:
a) Sentiasa reda dengan ketentuan qadak dan qadar Allah.
b) Bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah dengan cara memanfaatkannya pada jalan Allah.
c) Melakuan sesuatu dengan ikhlas untuk memperoleh pahala Allah.
d) Memiliki jiwa yang teguh dan mengikut prinsip kebenaran.
Tidak Beragama:
a) Berasa keluh-kesah, kecewa, dan berputus asa.
b) Ingkar dengan ketentuan Allah. Segala nikmat hanya untuk kepentingan diri sendiri dan digunakan pada perkara maksiat.
c) Melakukan sesuatu untuk kepentingan diri dan mengharapkan kepujian dan sanjungan drpd manusia.
d) Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang merosakkan.
No comments:
Post a Comment