Monday, 19 August 2013

Akidah Ahli Sunnah Waljamaah

       KEMUNCULAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH

>Ahli Sunnah Waljamaah (ASWJ) :
  Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-quran, sunnah, dan 
  perkara yang di bawa oleh sahabat baginda serta menentang 
  perkara bidaah.

>Nama-nama lain ASWJ : i) as-Sunnah
                                      ii) al-Waljamaah
                                      iii) as-Salafus Soleh
                                      iv) al-Hadis

>Nama Ahli Sunnah Waljamaah muncul selepas berlakunya
  perpecahan dalam kalangan umat Islam yang dikenali sebagai
  "Al-Fitnah Al-Kubra".

>Ulamak yang memasyurkan Ahli Sunnah Waljamaah
                 
                              *Imam Abu Hasan al-Asyari
                              *Abu Mansur al-Maturidi

>Asal usul ASWJ :

 i)  Gabungan daripada perkataan Ahli, as-Sunnah, dan 
     al-Jamaah.
ii)  Ahli Sunnah bermaksud mereka menerima dan beramal 
     dengan sunnah Rasulullah SAW.
iii) Al-Jamaah bermaksud kerana mereka berkumpul di atas 
     kebenaran dan bersatu untuk berjihad, melaksana amar 
     makruf dan nahi mungkar, menghidupkan sunnah serta
     menentang perkara bidaah.

  PRINSIP AKIDAH AHLI SUNNAH WALJAMAAH 

>Sumber pegangan ASWJ : i) al-Quran
                                         ii) as-Sunnah

>Prinsip ASWJ :

i)   Berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah
ii)  Berpegang teguh dengan prinsip as-Salaf as-Soleh
iii) Merujuk kpd al-Quran dan Sunnah jika berlaku pertelingkahan 
     pendapat
iv) Tidak mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka 
v)  Tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sah

>Pandangan mazhab ASWJ dlm beberapa isu akidah :

i) Sifat Al-Quran : Kalam Allah yang bersifat qadim & bukan 
                           makhluk (bukan baharu)

ii) Pelaku dosa besar :
    a) Orang yang melakukan dosa besar masih dikira imannya 
        masih ada
    b) Tetapi dianggap fasik krn melakukan dosa besar

iii) Melihat Allah : Orang mukmin dapat melihat Allah di syurga 
                          pada hari kiamat

iv) Konsep iman
    a) Iman seseorang boleh bertambah & berkurang
    b) Iman akan bertambah apabila seseorang taat pada 
       Allah & akan berkurang apabila melakukan maksiat

v) Qada' & Qadar :
    a) Segala yg berlaku dialam ini terjadi dgn kebijaksanaan Allah
    b) Allah SWT berkuasa mengatur segalanya 
    c) Ketentuan baik & buruk adalah ditentukan Allah sejak azali


                           MAZHAB SYIAH

>Syiah : Golongan yg mendukung cita-cita untuk menjadikan 
             Saidina Ali sebagai khalifah selepas kewafatan 
             Rasulullah SAW.

>Kumpulan Syiah :

  i) Syiah Immamiyah
     Dinamakan krn berpendapat jawatan imam hanya layak 
     disandang oleh Ahli al-Bait

ii) Syiah Zaidiyah
    Diambil sempena nama pengasasnya, Ziad bin Ali Zainal Abidin

iii) Syiah Batiniyah
     Dinamakan krn berpendapat al-Quran mempunyai makna 
     zahir dan batin yg hanya difahami imam mereka sahaja

No comments:

Post a Comment