Monday, 19 August 2013

Tasawwur Islam (Ting. 4) Bab1/Definisi/Konsep

Bab 1

Definisi

Rububiyyah:
Meyakini dengan sepenuh hati dan secara mutlak bahawa Allah S.W.T yang mentadbir semua makhluk dan tiada pencipta lain selain Allah S.W.T

Uluhiyyah:
Meyakini dengan sepenuh hati bahawa hanya Allah S.W.T Yang Maha Esa yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak.

Asma'Wa Sifat:
Meyakini bahawa Allah S.W.T memiliki nama-nama yang indah dan mulia sebanyak 99 nama serta memiliki sifat-sifat yang sempurna.



Konsep

Rububiyyah:

a) Allah S.W.T adalah Pencipta, Pemilik dan Pentadbir seluruh alam.
b) Allah S.W.T Maha Berkuasa memberikan sesuatu mengikut kehendak-Nya.
c) Kekuasaan Allah S.W.T meliputi semua yang ada dilangit dan di bumi.

Uluhiyyah:

a) Mengakui bahawa tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah S.W.T Yang Maha Berkuasa.
b) Orang yang tidak percaya kepada tauhid Uluhiyyah dianggap orang yang sesat.

Asma'Wa Sifat:

a) Setiap muslim WAJIB menyebut nama Allah S.W.T dengan  nama-nama mulia tersebut.
b) Jika terdapat seseorang yang membandingkan nama atau sifat Allah S.W.T dengan makhluk-Nya, maka hukumnya adalah HARAM.


                                                                                                          

No comments:

Post a Comment